Tuesday, December 13, 2011

"Diam" xbermakna ia "Mengiakan"

Pandangan org dulu2,, "Diam" tandanya setuju.. tapi tak semestinya ia setuju.. "Diam" juga
tndanya bersabar... Bersabar apa yang berlaku ke atas dirinya.. Erm,, nk pendekkn cerita,, aku mmg xsuke perangai member ak nie... dye ingat dye sorg je betul... nak dgr ckp dye jea... suke mengarah2... dye ingat dye bagus sgt kea... semua benda dye nk tau... bila ak nk kuar,, dye tnya nk kemana,, wat apa... setiap kali mcm tu..  kalau sembang ngan member tnya soalan ke,,, tiba2 jea dye dtg menyampuk... nk tau ape yg kitorang sembangkan... Dye ingat ak nie apa...ha!!! tention ak... ak xnk la mengeruhkan lagi keadaan... so,, ak diam jea... ikut jea.. tapi dengan sikap ak berdiam diri,, dye seperti mengambil kesempatan,, mula pijak kepala ak... haish,,, paling ak xsuke sikap dye... mmg ak paling xsuke... geram giler ak... errrgggghhhh.. Aku dah banyak bersabar ngan sikap dye....ak cuma berdiam diri saja... Sekali ak melenting nnti,, baru dye tahu  tinggi ke rendah langit tu... Bersabar itu,, separuh daripada iman... Ya Allah,, kuatkan la kesabaran hamba mu ini.... Amin....

Sebelum kuar ayat2 yg xsepatutnya,,, lebih baik ak stop dulu tulis ni... hehe :D  Assalamualaikum.. Sarangae... <3

Monday, October 3, 2011

Bila Ketensionan Melanda

Assalamualaikum... sekali lagi kte bertemu...kali nie nk tayangkan video melepaskan tension... hahaha...


hahaha.... kelakar sungguh...

Monday, August 29, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum... Bersua juga kita sekali lagi... Setelah 1 bulan kita berpuasa,, kini tibalah saat2 yang kita tunggu iaitu Hari Raya Aidilfiti.. =) semua persiapan telah dibuat.. Saat gembira pun telah tiba... hihi..



Lemang & Ketupat juadah utama Hari raya... sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa.... =) kalau makan dengan rendang tok,, pergh.......sedap giler... hihihi...

Rendang Tok antara juadah utama juga ketika Hari Raya Aidilfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada family, kwn2 yg baru kenal, dh lama kenal,, kwn2 Techsis, UiTM dan yang tersayang ♥... 

Sunday, July 24, 2011

Mahar Sebuah Syurga



Assalamualaikum... 
Kali nie,, sy letak satu artikel yg sy ambil dari "i luv islam" untuk sama2 kte renung2kn.. =D Selamat membaca.. ^^

Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi "sunnatullah", kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya.Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.
Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.
Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu "awkward"– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.
Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.
Berlakulah apa yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.
Untuk melakukan perkara yang "perlu" dibuat walaupun kita tidak "suka" membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah "menyeksa"diri sendiri. No pain, no gain – tidak ada "kesakitan", tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya "mujahadah" itu adalah wajib.
Mujahadah ertinya "berperang" dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan. Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk "disakiti".
Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya... banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.
Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk "menanam". Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah – mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan.  Bila menuai nanti baru terasa nikmat dan seronoknya.
Dunia diumpamakan  tempat "membayar". Di akhirat nanti tempat "bermain". Pay now, play later. Bayar di sini, "berseronoklah" di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti.
Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya, terlalu sibuk dengan ibadah. Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum, berpindah lagi kepada ibadah sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.
Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW:
"Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala Neraka dipagari oleh keseronokan."
Sebaliknya, bagi mereka yang lalai berpegang kepada konsep: Play now, pay later. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga.
Justeru marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima "kepahitan" yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Oh, alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.
Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya. Di mana? Bila? Jawabnya, di syurga. Dan mujahadah itu mahar sebuah syurga!

Saturday, July 23, 2011

Program Perkasa Pelajar 2

Assalamualaikum..
Bertemu sekali lagi kita diruangan nie.. hehe...

PSK (Program Semarak Kasih), PPP (Program Perkasa Pelajar).. Ape tu semua?? ha..nie nak cter nie.. hehe.. Tu semua adalah salah satu aktiviti kelab IKRAM ( Ikatan Kasih Rumpun Anak Melayu ). Aktiviti nie dilakukan di sekolah2.. kami sebagai ikramies akan menjadi fasilitator kepada adik di sekolah...


nie gambar fasilitator & urusetia lelaki mase dekat PPP2 di SMK Alma, Bukit Mertajam baru2 ini... =D Adik2 kat smk alma memang best n terbaik... :)


nie plak gambar semua fasilitator & Urusetia.. :D cube cari gmbr patik... hihi.. Hurm,, alhmdulillah program ini berjalan dengan lancar & berjaya.. Program nie mmpu meberi impact & kesan kepada adik-adik..

Terima Kasih kepada ikramies2 dalam program perkasa pelajar 2 nie... :)

First Program

Assalamualaikum semua....

This is my First Program as Leader.. :) Program Kembara P'CES yang berlangsung di sekitar Station Bas, Butterworth, belakang UiTM & Masjid Timah... :)



nie gambar urusetia & peserta kembara.. Muka penat tapi happy... :)



nie gambar semua urusetia termasuk ketua program.. hihi..

Pada mulanya program nie dijalankan di Padang Kota, Pulau Pinang.. Tp last2 minute MDPP cancel... sbb ade lawatan agung di sekitar Pulau... So,, disebabkan itu,, terpaksa la tukar plan laen... Tp alhamdulillah,, kembara berjalan dgn lancar wlaupun pelbagai dugaan menimpa sebelum program...

Terima kasih kepada urusetia2 yg terlibat & para peserta... :D

Monday, May 23, 2011

Maher Zain "Palestin Will Be Free"

Maher Zain "The Chosen One"

Reunion With 8 Member at Parade Ipoh


Assalamualaikum,,, Akhirnya terlepas rindu dihati bila berjumpe ngan member kelas dulu…walaupun xramai yg ade,, ckit pun boleh tok mengubat rindu dihati…. =) Location kat Parade,Ipoh…mase tiba kol 11 pagi…Haziq, Surina, Shoen, Syed, Qida, & Yussyafiqa... <3
Mula2 ingat ramai la dtg… Tiba2,,, mkin ckit yg xjd dtg….ade yg keje,, ade hal lain,, & ade yg bg alasan.. huhuuhu…nsib baek alasan yg kukuh.. lau x dh suh dtg jgak… hehehehe.. Hurm,,, aktiviti pertama kami dok lepak2 menunggu Qida & Dayah.. xsmpi2 ag… pnt kami tggu… last2, sue ajak haziq tgk tiket wayang…cadangnya nk tgk wayang cter Nur Kasih The Movie..tp smpi jea kat tempat wayang tgk2 filem tu x de tayang kat cni… hancur musnah harapan nk tgk nur kasih,,.. huhu.. =( lps tu kami borak2 la…lama xjumpe,, mcm2 cter ade.. Sume dh mkin matang,.. ade yg membesar,, meninggi & ade yg still sama… =p akhirnya,, qida n dayah smpi… bawak kek skali tu… hehe.. Lps mkn kek,, borak,, amek gmbr…Dayah dh nk blik… sbb nk g Hospital.. Melawat org sakit… so,, tinggal la 7 org…. lps tu kami gerak trus kea boling…. 6 org yg maen…Yussyafiqa xmaen… so,, bermaen la kami semua… tp tnpa diduga bnyk kejadian yg x dijangka berlaku di tempat boling… haha… nk cter pun sy dh nk tergelak… hahahaha… first skali haziq,, terjatuh mse nk amek bola kat trek boling… Jatuh terduduk…hehe… kelakar2,,, nsib baek haziq pandai control macho!!!! Hehe… Second plak,, qida… qida lg kelakar… haha… ceh!! Punya semangat nk bling bola nie… bru pegang bola,, xsempat nk bwk kedepan,, bola tu dh jatuh dr tangan… hahaa… nasib baek xde spe perasan… hahaha… =D mcm2 la kwn2 patik semua… hihihi.. kami maen boling smpi kol 4.30 ptg… lps maen boling,, kami pun balik,, sbb haziq nk hantar qida keje… tp sebelum balik kami amek gmbar last… kenangan kami… Gambar yg sy sebutkan tu ade diatas… hehe.. tp sy, yus, & sue nk ke jusco… so,, kami pun g jusco… nk tgk nur kasih… tp malangnya nasib,… Tiket dh abis,,, rmai btol org mse tu…. Hurmm,, last2 kami g makan Macdonald… Haha.. so sy borak2 la ngan yus & sue… Jam menunjukkan 6.30 ptg.. Pada mse itu kami berpisah…Patik mengucapkan selamt tinggal pd Yus & sue.. Rindu kwn2 sume… Miss u all… Nnti jumpe lg erk… huhu… <3<3

Assalamualaikum….

Friday, May 20, 2011

Memori Indah Zaman Persekolahan


Sebelum sy mulakan,, disini nk bg tahu yg sy kadang2 selalu bahasakn diri sy “patik”,, so hope kamu semua xkesah… hehe.. Now its begin!!!!!!!

Entah mengapa arini teringat zaman persekolahan dulu.. huuhu.. Kenangan dulu ketika di sekolah tidak dapat ku lupa… Begitu banyak kenangan manis & pahit yang patik lalui… Bila di ingatkan kembali,, sungguh indahnya jika dapat kembali ke zaman persekolahan dahulu… Kalau nak diceritakan semuanya mesti sampai esok pun xabis… hehe.. So patik pendekkan… hihihihii…… ^^

Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar,, nama sekolah patik….tapi lebih dikenali dgn panggilan TECHSIS… hehe.. Zaman patik dahulu merupakan last batch teknikal di sekolah.. Sekarang ia telah ditukarkan kepada VOCHSIS… Agak pelik jgak mula-mula mendengarnya…(gelak suke) First2 masuk skolah,, patik duduk dibahagian belakang..(biase la first skolah baru mne ade kwn.. hihi) Lama kelamaan sudah dpt membiasekn diri….Classmate patik ade 35 rsenya…(ingat2 lupe… =P) Kenangan yang xdpt patik lupekan adalah ketika patik memegang jawatan “ Bendahari Pengawas Sekolah “.. xpernah2 jd pengawas n dpat plak tu jawatan bendahari… hehe… Bikin sy gelak klau diingatkan… hehe.. =D Terpaksa la jugak kutip duit mcm ceti.. hehe… tp nie ceti baek… hahaha…

Ade lg kenangan yg xdpt patik lupa iaitu patik wakil sekolah dalam pertandingan pantun.. hehe… jgn ingat sy xreti pantun,, xkn melayu hilang di dunia… ^^ Cikgu yg melatih kami adalah Cikgu Sofian,, thnks ckgu.. Member2 yg join Nizam, Ayu, & Efa… Nk dijadikan cerita,, patik belatih punya belatih,, last2 nk 3 orang jea wakil… adoi,, sy pkir xdpt g,, rupe2nya dpt gak g..jd simpanan… haha.. ingat bola sepak jea yg ade simpanan nie.. =D tp apekn daya,, nasib xmenyebelahi kami,, kami kalah dlm pertandingan itu… Sedih rsenya… huhu.. =( tp yg bestnya mse tu x yah g kelas… hehehe… =P

Kenangan yg paling best adalah bersama sahabat2 ku 4&5PKA2...sayang awam 2.. Tapi kenangan yg xbest bila nak tinggalkan sekolah n sahabat2… huhu… Lps spm abis rse mcm xnk kuar jea dr sekolah… huhu.. Tp pea leh wat,, kene jgak kuar..sbb zaman sy dh abis, zaman budak baru plak… huhu.. Tp semua kenangan yg berlaku di sekolah TECHSIS xkan ku lupa & sentiasa dlm ingatan… ^^ terima kasih 5PKA2.. Miss u all.. <3

Assalamualaikum…thnks to u all… ^^

Tentang Cinta


Hidup adalah warna warni
Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan
Sejak manusia pertama

Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia

Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara

Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk melepaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia

Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya

Nukilan
Erwin Arianto

hehe....ayat ini sungguh mendalam.... maaf yea sbb sy copy & paste disini... tp sy x menciplaknya.. huhu... sy ade tulis laman web n penulis nya skali... =)